Followers

Wednesday, June 25, 2014

penantian itu

assalamualaikum..

ha..penantian itu..penantian yang amat bererti..
kerinduan yang teramat padanya..
alhamdulillah moga dapat merasai lagi..

penantian itu yang ku tunggu
penantian itu yaNG ku RINDU
penantian itu yang buatku gelisah
kerana apa yang tercatat sah menjadi milikNya


Ya Allah..
terima kasih atas anugerahMu..
ku bersyukur KAU masih izinkan aku berada disini
dengan kasih sayangMu..Alhamdulillah



nota kaki C.H : allahumma ballighna ya ramadhan.. :)

Sunday, June 22, 2014

hectic week

assalamualaikum..

okay macam ni rasanya life final year student.. penat :'(
makk nak balik..duk umah tgk tv je..
lambat betul nak habis.
puasa kat uni lagi tahun ni...
rindu dah ni..
tak lama lagi nak cukup 23 dh..
penentuannya tak tahu lah.. :'(




p/s: walau dimana anda,walau siapa pun anda saya percaya anda jua sedang mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin yang setia.. aaamiin.

Tuesday, June 17, 2014

Aku Pendosa

assalamualaikum.. 
ya...aku pendosa.. terlalu banyak yang aku abaikan dalam hidup aku selama ni..semakin hari aku semakin keliru dengan diri sendiri.makin aku lari makin ia menghampiri.aku bukanlah pahlawan maya,bukan jua serikandi yang penuh dengan ilmu didada..aku hanya manusia biasa,penuh dosa mencari ampunan Allah yang maha Esa..

Ya Allah..
entah kenapa makin aku lari makin aku mengingati..sungghu bukan itu yang ingin ku ingati. sungguh sakit bila terpaksa lupakan perasaan sendiri.namun ku tahu Engkau mempunyai rencanaMu yang tersendiri dan ianya lebih baik dari apa yang ku rencanai.

Seandainya masih bisa ku undurkan masa,. tidak ingin semua ini terjadi..sungguh aku penat dengan dunia..dunia yang tidak akan pernah akhir nikmatnya.. namun aku percaya Engkau tidak pernah akan menguji hambaMu melainkan Engkau tahu kami mampu menghadapinya..

sesuatu  yang aku belajar dalam hidup ni adalah:

  1. jangan terlalu mempercayai
  2. jangan terlalu menyayangi
  3. jangan terlalu membenci
  4. jangan terlalu ingin memiliki.


sekian coretan untuk hari ni..


salam sayang buat wanita impian syurga sekalian..semoga kita berjumpa disyurga sana..





Sunday, June 15, 2014

tinta buat kamu

assalamualaikum

 

tak tahu kenapa malam ni rasa nak mencoret sesuatu yg mengganggu fikiran ni.. dah tahu sesuatu yang amat menyakitkan itu,tapi diri ni saling tak tumpah untuk terus melihat perkembangannya.. salahkah aku??salahkah aku untuk terus mengetahui keadaannya?? ya Allah ampun kan aku kerana terus lalai mengingati dia yang belum lagi halal buatku.. allah..allah..

 

JUJUR

 ya jujur, rasa itu masih belum padam.. 18 jun 2014 genap setahun perkenalan kami.namun itu semua bukanlah sesuatu yang baru untuk aku ingatkan.. jujur mahu dilupus segala rasa dan derita yang dialami setelah sekian lama perasaan ini dilawan. ya Allah aku mohon.. aku mohon agar ditetapkan hati dan iman untuk menghadapi semua ini.

SAKIT

ya..memang sakit untuk melepaskan sesuatu yang pernah menjadi kesayangan untuk kita.tapi percayalah sayang kesakitan itu cumalah sementara.. biarlah kesakitan sekarang menjadi pengajaran agar tidak merasa sakit dimasa hadapan in shaaa Allah. segalanya ku serah padamu ya Tuhan

 

 pesanan hati buat semua yang disayangi; wanita impian syurga

dan coretan ini bukanlah untuk membuka cerita yang mahu dilipat ceritanya,hanyalah sekadar tulisan hati yang belajar untuk sembuh dari luka yang dalam..moga Allah redha.. allahumma aaminnn.


Friday, June 13, 2014

REDHA VS PASRAH

assalamualaikum...

apa itu redha dan apa itu pasrah?


REDHA adalah bila kita rela melepaskan kerana Allah dan takkan sesekali mengingati dan takkan sesekali terasa sakit bila melepaskan..

PASRAH itu adalah kita melepaskan,tapi dalam pada masa yang sama kita masih teringatkan dan terasa sakit bila kenangan tu datang kembali menerpa..


jadi.. sekarang apa yang aku rasakan ini adalah REDHA atau PASRAH? :'(
Ya Allah hanya padaMu aku memohon, tabahkan hati yang satu ni menghadapi ujian-ujian dariMu.. allahumma aaminn



salam sayang buat wanita impian syurga.. 

Wednesday, June 11, 2014

throwback

assalamualaikum..

tak tahu kenapa tiba2 sayu ja.. dah cakap jangan stalk! degil! padan muka. *pang muka dengan kuali
tak pe lah moga bahagia.. allahumma aaminn (nangis laju2 sebenaqnya)..

okay2.. dah2 kesat air mata.. moga tabah ya duhai hati..*qawiyy lillahitaala..
Allah sebaik2 perancang..

sekian, moga dapat terus tersenyum walau air mata menitis..

selamat malam duhai wanita syurga sekalian.. :')

Saturday, June 07, 2014

Assalamualaikum Jun

JUN..
hai incik Jun,kita bertemu setelah sekian lama xon blog ni :').. lama kan??
maaf sibuk sket dgn urusan dunia.. *tersedak air*
cuma kebelakangan ni semua macam tak kena jak..

PERASAAN
..tak tahu mcm mana nk cakap.tapi bg sy lah perasaan itu bersifat sementara..kejap ok kejap tidak..
tapi ape yg pasti perasaan yg hadir kerana Allah takkan mudah untuk lenyap berbanding perasaan yg hadir hanya untuk bersuka ria. :) *pang kuali kat dahi jap*

MUJAHADAH..
perkataan yg paling famous amous utk org yg ingin paksa diri dia kearah kebaikan.. *tengah nak cuba ni*..
memang pahit..lagi pahit dari kopi pekat takde gula.. *erkk,mcm xdek kena mengena jak*..
tapi tu la Allah dh janjikan yg terbaik bagi hambaNya yg berusaha keranaNya.. yuk!! bantu sy,kita sama2 mujahadah menuju syurgaNya.. allahumma aaminn :)



p/s:hari ni wedding kakak..tapi tak dapat balik :'(.. takpe adik doakan dari jauh moga akak jadi isteri yg solehah buat abg Faisz.. selamat menjadi kekasih halal kakak..doakan adikkmu ini jua mengikuti jejakmu..in shaa Allah.. *doa dan doa moga Allah redha.. aaminnn

Monday, February 10, 2014

precious february

Assalamualaikum..

dah lama tak hupdate blog ni.even xde org nk bc kan..xpe lah at least hupdate..
everything happens for reason.. thank you kakak for the inspiring quote..

harus dan mesti berguling2 untuk semester ni..semoga apa yang dihajati dapat dimiliki in shaa Allah..xsabar rasanya mahu habis study :)

sekian..

for gemok! study elok2 :)

Tuesday, November 26, 2013

setelah sekian lama

assalamualaikum..

bersua lagi kita.. maaf lama suda xupdate (macam de org bc je kan ) ^_^

well sekarang ni sibuk nk final dh..lepas tu in shaa Allah habis tahun 2 dh.. next sem i will be a 3rd year student Alhamdulillah

sekejap je rasa..pejam celik pejam celik dah nak habis rupanya..
Alhamdulillah jua Allah berikan waktu lagi untuk aku berada dibumiNya.
segala kejadian2 (byk sgt kejadiannya) ^_^ yg terjadi menguatkan aku..





p/s : selalu bersujud padaNya..penawar segala duka dan lara.. kita berCINTA keranaNya dan kita berPISAH jua keranaNya.. DIA maha mengetahui apa yang terbuku dihati masing2..untuk kamu.. (walau tau tak bc pon) ^_^ saya maafkan ape pun yg kamu lakukan,dan saya harap jua kamu maafkan saya seperti mana saya maafkan kamu.. have a great life in shaa Allah..


DIA tahu yang terbaik in shaa Allah

Monday, August 19, 2013

Andai Itu Jalannya

tidak susah untuk berubah
tidak senang untuk mujahadAh..

baris ini selalu bermain di fikiran..
tatkala jejari ini menaip,fikiran melayang kearah saudara2 Islam ku di Mesir,Syria, dan
semua tempat yg dicerobohi yahudi laknatullah

sejauh mana aku bermujahadah??
sejauh mana semangat juang menentang syiah??
sejauh mana hati menidakkan godaan dunia??
sejauh mana aku berusaha mencintaiNya??

Allahurabbi...
DIA maha mengetahui..
sejauh mana sakitnya sejauh mana peritnya..
namun aku lebih memilih bersamaNya
DIA menjanjikan yang pasti bagi hambaNya

mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..
apalah sangat pahit sementara ini
jika dibandingkan syurga yang manis itu
jadi..
yuk!! tanamkan dalam hati..
mujahadah keranaNya..
biar pahit mulanya kerana akhirnya manis yang kita rasa

In shaa Allah

~~dalam mendoakan saudara2 disana, aku jua mendoakan diri sendiri dan seluruh keluargaku selamat dan dilindungi dari segala perkara bahaya yang kami tidak ketahui..dan aku mohon padaNya kekasih abadi, jadikan kami hambaMu Islam sehingga nafas terakhir kami,mengucap kalimahMu dan syahadahMu..~~ Allahumma aaminn
 

Sunday, August 18, 2013

nukilan buat saudaraku di Mesir dan Syria

Allahuakbar..
betapa tangan ini menggigil saat menulis nukilan ini
disaat kami disini merayakan aidilfitri dgn penuh keseronokan,
kamu disana merayakan dengan penuh kesengsaraan..

Ya Allah..
apa yang termampu aku ucap..
sedih dan menangis melihat saudara2ku diperlakukan sedemikian..
mana kita umat ISLAM?
mana kita yang mengaku umat MUHAMMAD?
disaat saudara2 kita memerlukan pertolongan..
kita hanyut dalam kealpaan..

Ya Rabb,
KAU berikan kekuatan kepada saudara2 kami..
KAU lindungi mereka  dari kejahatan as-sissi..
peliharalah mereka..

Ya Rabb..
jika telah KAU tentukan saudara2 ku menemuiMU,
jadikan mereka syahid disisiMU
mereka mempertahankan hak ISLAM mereka..
mereka mempertahankan agamaMU ya Rabb..

sungguh biar aku tidak berada disana,
namun kesedihan dan kesengsaraan mereka dapat ku rasa
biar dunia sibuk mengata buruk tentang mereka,
namun ku tahu KAU lebih mengetahuinya..
ku berdoa pada saudara2ku disana,
yakinlah,pertolonganNya makin hampir..

DIA menyayangi kalian..
sesungguhnya DIA menguji kalian
agar kita semua membuka mata
ISLAM itu hampir menang..

~~salam doa untuk kalian~~


Tuesday, July 23, 2013

assalamualaikum dear readers

sebenarnya tak tahu la apa yang bermain di fikiran ni..
selalunya bila macam ni ade kakak untuk berkongsi..
tapi dia dah kawen..

duhai hati..
maafkan pemilik dirimu kerana tidak mampu menjagamu dengan baik..
maafkan pemilik dirimu kerana mengabaikanmu..
maafkan jua pemilik dirimu kerana melukaimu..

duhai hati..
andai dapat kau berbicara..
tegurlah aku agar tidak terpesong dari jalanMu
berikan aku pilihan agar tidak terlalu bergantung pada hati..
tidak mahu ia disakiti..

duhai hati.
jadikan pemilik dirimu ini tabah,
jadikan pemilik dirimu ini seorang yg sabar,
jadikan pemilik dirimu ini adalah seorang yang kuat,
jadikan pemilik dirimu ini setia menjagamu

duhai hati,
berikan cintamu pada pemilik dirimu
jagakan pemilik dirimu..
sehingga yang benar2 haq mengambil alih pemilikmu..



~~laailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzholimin~~


pemilik hatiku setelah Allah & Rasul

ahabbakallazi ahbabtanillah...

Monday, October 31, 2011

places of my dream..

andai aku seorang jutawan..sudah lama ku menjejaki ke tempat ini..
but this is Allah decision,i'm only daughter to my parents which is  both of them were teachers..
Alhamdulillah..
nothing much that i can say..just dreaming..
but some people says that dream can be true if we wake up at the right time..
insyaAllah..

:)
the places that i wanna go :)

insyaAllah this is the first place i wanna reach



makkah <3


symbol of love.. :) with my husband to be insyaAllah




london bridge... my favorite















i wanna be there.. insyaAllah..

Sunday, October 23, 2011

Reformasi Pemikiran Ummah: Coretan Hati Seorang Insan

Reformasi Pemikiran Ummah: Coretan Hati Seorang Insan: wahai sahabat sidang pembaca blog @ blog walker. asal panggil blog walker?sebab dye berjalan setiap hari dari satu blog ke satu blog yang...

Thursday, October 20, 2011

Reformasi Pemikiran Ummah: 7 Jenis Cinta

Reformasi Pemikiran Ummah: 7 Jenis Cinta: 7 Jenis Cinta As-Salam. Apabila bercakap soal cinta, ada bermacam jenis sebenarnya. Cuma kadang kita tak berapa nak ambil tahu jenis cin...

Thursday, July 21, 2011

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran


Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.
Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.
Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.
Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.
Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:
"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" -Surah Taha, ayat 1-4
Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:
Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).
Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." -Surah al-Isra’, ayat 78
Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.
Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.
Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.
Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.
"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Harga Setuang Cinta


Tenggelam relung dadaku dalam syahdu,
Titis mutiara jatuh berderai derai,
Mengukur layakkah diri menerima nikmat cinta sejati darimu Ya tuhanku,
Dengarlah bisikan doaku dalam sujud sembah pada-Mu...
Aku yang menghitung luka-luka parah,
Menyelar tiap ketenangan pada angin lalu,
Aku yang mengadu domba pada alam,
Menyaksikan sang bulan memuntahkan darah merah...
Tempiasnya mengukir parut-parut duka,
Kebeningan malam mencucuk sanubari,
Dalam dakapan rindu aku tersungkur jatuh tersembam,
Meraba raba mencari erti sebuah kasih sayang...
Apakah ini harga yang harus kubayar untuk setuang cinta dari-Mu Tuhanku?
Kehibaan aku merangkak menjilat noda yang menjerat jiwa,
Pada parah yang mencengkam hati nan luluh,
Dalam menghidang cinta buat penciptaku...

Tuesday, December 28, 2010

SeLaMAt Hari LaHir Abah

SALAm
hari niey hari lahir abah..
dah wish pagi tadi...
sediyh gak tak dapat sambut sekali..
tapi tak pe lah
semoga Allah menjaga bah n makku selalu..
aku sayang mereka ya Allah..amin...
rindu kamoooo..
mak and abah..(masa bufday mak 22/10/2010)

Anything Here

Daisypath Happy Birthday tickers

CERITERA HATI SEJAK

Daisypath Friendship tickers