Followers

Showing posts with label myfeeling. Show all posts
Showing posts with label myfeeling. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Bawang ouh Bawang

Assalamualaikum..

fuh fuh fuuhhhhh...
berhabuk, berdebuuuu
 :D
action ja lebih, xdak org baca pun aihhh.. :)

after a long period of time.. finally i'm partially finished my bachelor.. alhamdulillah..
susah oii.. tapi sape cakap ade benda senang ye dok ^_^

sekarang dh berada kat home sweet home.. yeahh
perasaan tu xleh gambaq weyy cam mana
xde kena mengena ngan tajuk pun hahaha..

actually bawang sebab rindu anak murid oiii..
4 bulan praktikal rase mcm kejap ja.. (padahal guling2 nak balik) okeyh propa je..
serius.. rindu dorang..
"Teacher, nak bawak handbag," 
"Teacher nak bawak buku."
"Ustazah nak tolong."
"Cikgu jom badminton."

rindu..soobss T___T
ok dah, may Allah lindungi korang sume ea. ticer doakan semua berjaya.. mmmuah ciked.. :-*


p/s: teaching is not my passion, (before) but now i'm miss my kids.. :'( that means i started to love this field..



Sunday, July 06, 2014

Julai Datang Lagi

assalamualaikum..

hari ni 8 ramadhan, malam ni malam 9 ramadhan alhamdulillah..benarkah kita menunggu ramadhan ini dengan penuh hikmah??fikirkan kembali..jika kita merungut lapar,penat,letih.. apakah??bersyukurlah kita bukan berada dalam kalangan orang yg berperang mengangkat senjata.kita cuma berperang melawan hawa nafsu yang tidak seberapa..ayuh duhai kesayangan sekalian..jua buat diri ini jua yang kadang2 terlalai dari mengingat nikmatMu ya Tuhan..aku bukanlah orang baik. jauh sekali mengatakan diri solehah.bukan..aku bukan gadis mcm tu..aku hanya gadis biasa mencari jalan petunjuk yang Esa..pimpinlah daku..pujuklah hati dengan redha Illahi..berikan lah kekuatan terhadap diri ni yang makin hilang seri mengejar nikmat duniawi..Allah..Allah.. ampunkan aku yang hina ini..menanti dan menanti..semakin ramai yang dipanggil Illahi..aku takut menemuiMu ya Rabbi..dosaku menggunung tinggi..ampunkan aku ya Rabbi..peluklah aku dgn cahaya cintaMu ya Rabbi..moga nanti ku bertemu dgn Mu dgn pengakhiran husnul khotimah.. allahhumma aaminnn..

p/s: nota kaki C.H, ingin menemui Lailatul QadarMu.. in shaa Allah.. menanti hari itu dengan sabar..moga Allah redha..demi cintaMu ya Rabbi.. *menghitung hari kelahiran*

Tuesday, June 17, 2014

Aku Pendosa

assalamualaikum.. 
ya...aku pendosa.. terlalu banyak yang aku abaikan dalam hidup aku selama ni..semakin hari aku semakin keliru dengan diri sendiri.makin aku lari makin ia menghampiri.aku bukanlah pahlawan maya,bukan jua serikandi yang penuh dengan ilmu didada..aku hanya manusia biasa,penuh dosa mencari ampunan Allah yang maha Esa..

Ya Allah..
entah kenapa makin aku lari makin aku mengingati..sungghu bukan itu yang ingin ku ingati. sungguh sakit bila terpaksa lupakan perasaan sendiri.namun ku tahu Engkau mempunyai rencanaMu yang tersendiri dan ianya lebih baik dari apa yang ku rencanai.

Seandainya masih bisa ku undurkan masa,. tidak ingin semua ini terjadi..sungguh aku penat dengan dunia..dunia yang tidak akan pernah akhir nikmatnya.. namun aku percaya Engkau tidak pernah akan menguji hambaMu melainkan Engkau tahu kami mampu menghadapinya..

sesuatu  yang aku belajar dalam hidup ni adalah:

  1. jangan terlalu mempercayai
  2. jangan terlalu menyayangi
  3. jangan terlalu membenci
  4. jangan terlalu ingin memiliki.


sekian coretan untuk hari ni..


salam sayang buat wanita impian syurga sekalian..semoga kita berjumpa disyurga sana..





Friday, June 13, 2014

REDHA VS PASRAH

assalamualaikum...

apa itu redha dan apa itu pasrah?


REDHA adalah bila kita rela melepaskan kerana Allah dan takkan sesekali mengingati dan takkan sesekali terasa sakit bila melepaskan..

PASRAH itu adalah kita melepaskan,tapi dalam pada masa yang sama kita masih teringatkan dan terasa sakit bila kenangan tu datang kembali menerpa..


jadi.. sekarang apa yang aku rasakan ini adalah REDHA atau PASRAH? :'(
Ya Allah hanya padaMu aku memohon, tabahkan hati yang satu ni menghadapi ujian-ujian dariMu.. allahumma aaminn



salam sayang buat wanita impian syurga.. 

Saturday, June 07, 2014

Assalamualaikum Jun

JUN..
hai incik Jun,kita bertemu setelah sekian lama xon blog ni :').. lama kan??
maaf sibuk sket dgn urusan dunia.. *tersedak air*
cuma kebelakangan ni semua macam tak kena jak..

PERASAAN
..tak tahu mcm mana nk cakap.tapi bg sy lah perasaan itu bersifat sementara..kejap ok kejap tidak..
tapi ape yg pasti perasaan yg hadir kerana Allah takkan mudah untuk lenyap berbanding perasaan yg hadir hanya untuk bersuka ria. :) *pang kuali kat dahi jap*

MUJAHADAH..
perkataan yg paling famous amous utk org yg ingin paksa diri dia kearah kebaikan.. *tengah nak cuba ni*..
memang pahit..lagi pahit dari kopi pekat takde gula.. *erkk,mcm xdek kena mengena jak*..
tapi tu la Allah dh janjikan yg terbaik bagi hambaNya yg berusaha keranaNya.. yuk!! bantu sy,kita sama2 mujahadah menuju syurgaNya.. allahumma aaminn :)



p/s:hari ni wedding kakak..tapi tak dapat balik :'(.. takpe adik doakan dari jauh moga akak jadi isteri yg solehah buat abg Faisz.. selamat menjadi kekasih halal kakak..doakan adikkmu ini jua mengikuti jejakmu..in shaa Allah.. *doa dan doa moga Allah redha.. aaminnn

Thursday, July 21, 2011

Harga Setuang Cinta


Tenggelam relung dadaku dalam syahdu,
Titis mutiara jatuh berderai derai,
Mengukur layakkah diri menerima nikmat cinta sejati darimu Ya tuhanku,
Dengarlah bisikan doaku dalam sujud sembah pada-Mu...
Aku yang menghitung luka-luka parah,
Menyelar tiap ketenangan pada angin lalu,
Aku yang mengadu domba pada alam,
Menyaksikan sang bulan memuntahkan darah merah...
Tempiasnya mengukir parut-parut duka,
Kebeningan malam mencucuk sanubari,
Dalam dakapan rindu aku tersungkur jatuh tersembam,
Meraba raba mencari erti sebuah kasih sayang...
Apakah ini harga yang harus kubayar untuk setuang cinta dari-Mu Tuhanku?
Kehibaan aku merangkak menjilat noda yang menjerat jiwa,
Pada parah yang mencengkam hati nan luluh,
Dalam menghidang cinta buat penciptaku...

Anything Here

Daisypath Happy Birthday tickers

CERITERA HATI SEJAK

Daisypath Friendship tickers