Followers

Wednesday, June 25, 2014

penantian itu

assalamualaikum..

ha..penantian itu..penantian yang amat bererti..
kerinduan yang teramat padanya..
alhamdulillah moga dapat merasai lagi..

penantian itu yang ku tunggu
penantian itu yaNG ku RINDU
penantian itu yang buatku gelisah
kerana apa yang tercatat sah menjadi milikNya


Ya Allah..
terima kasih atas anugerahMu..
ku bersyukur KAU masih izinkan aku berada disini
dengan kasih sayangMu..Alhamdulillah



nota kaki C.H : allahumma ballighna ya ramadhan.. :)

Sunday, June 22, 2014

hectic week

assalamualaikum..

okay macam ni rasanya life final year student.. penat :'(
makk nak balik..duk umah tgk tv je..
lambat betul nak habis.
puasa kat uni lagi tahun ni...
rindu dah ni..
tak lama lagi nak cukup 23 dh..
penentuannya tak tahu lah.. :'(




p/s: walau dimana anda,walau siapa pun anda saya percaya anda jua sedang mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin yang setia.. aaamiin.

Tuesday, June 17, 2014

Aku Pendosa

assalamualaikum.. 
ya...aku pendosa.. terlalu banyak yang aku abaikan dalam hidup aku selama ni..semakin hari aku semakin keliru dengan diri sendiri.makin aku lari makin ia menghampiri.aku bukanlah pahlawan maya,bukan jua serikandi yang penuh dengan ilmu didada..aku hanya manusia biasa,penuh dosa mencari ampunan Allah yang maha Esa..

Ya Allah..
entah kenapa makin aku lari makin aku mengingati..sungghu bukan itu yang ingin ku ingati. sungguh sakit bila terpaksa lupakan perasaan sendiri.namun ku tahu Engkau mempunyai rencanaMu yang tersendiri dan ianya lebih baik dari apa yang ku rencanai.

Seandainya masih bisa ku undurkan masa,. tidak ingin semua ini terjadi..sungguh aku penat dengan dunia..dunia yang tidak akan pernah akhir nikmatnya.. namun aku percaya Engkau tidak pernah akan menguji hambaMu melainkan Engkau tahu kami mampu menghadapinya..

sesuatu  yang aku belajar dalam hidup ni adalah:

  1. jangan terlalu mempercayai
  2. jangan terlalu menyayangi
  3. jangan terlalu membenci
  4. jangan terlalu ingin memiliki.


sekian coretan untuk hari ni..


salam sayang buat wanita impian syurga sekalian..semoga kita berjumpa disyurga sana..





Sunday, June 15, 2014

tinta buat kamu

assalamualaikum

 

tak tahu kenapa malam ni rasa nak mencoret sesuatu yg mengganggu fikiran ni.. dah tahu sesuatu yang amat menyakitkan itu,tapi diri ni saling tak tumpah untuk terus melihat perkembangannya.. salahkah aku??salahkah aku untuk terus mengetahui keadaannya?? ya Allah ampun kan aku kerana terus lalai mengingati dia yang belum lagi halal buatku.. allah..allah..

 

JUJUR

 ya jujur, rasa itu masih belum padam.. 18 jun 2014 genap setahun perkenalan kami.namun itu semua bukanlah sesuatu yang baru untuk aku ingatkan.. jujur mahu dilupus segala rasa dan derita yang dialami setelah sekian lama perasaan ini dilawan. ya Allah aku mohon.. aku mohon agar ditetapkan hati dan iman untuk menghadapi semua ini.

SAKIT

ya..memang sakit untuk melepaskan sesuatu yang pernah menjadi kesayangan untuk kita.tapi percayalah sayang kesakitan itu cumalah sementara.. biarlah kesakitan sekarang menjadi pengajaran agar tidak merasa sakit dimasa hadapan in shaaa Allah. segalanya ku serah padamu ya Tuhan

 

 pesanan hati buat semua yang disayangi; wanita impian syurga

dan coretan ini bukanlah untuk membuka cerita yang mahu dilipat ceritanya,hanyalah sekadar tulisan hati yang belajar untuk sembuh dari luka yang dalam..moga Allah redha.. allahumma aaminnn.


Friday, June 13, 2014

REDHA VS PASRAH

assalamualaikum...

apa itu redha dan apa itu pasrah?


REDHA adalah bila kita rela melepaskan kerana Allah dan takkan sesekali mengingati dan takkan sesekali terasa sakit bila melepaskan..

PASRAH itu adalah kita melepaskan,tapi dalam pada masa yang sama kita masih teringatkan dan terasa sakit bila kenangan tu datang kembali menerpa..


jadi.. sekarang apa yang aku rasakan ini adalah REDHA atau PASRAH? :'(
Ya Allah hanya padaMu aku memohon, tabahkan hati yang satu ni menghadapi ujian-ujian dariMu.. allahumma aaminn



salam sayang buat wanita impian syurga.. 

Wednesday, June 11, 2014

throwback

assalamualaikum..

tak tahu kenapa tiba2 sayu ja.. dah cakap jangan stalk! degil! padan muka. *pang muka dengan kuali
tak pe lah moga bahagia.. allahumma aaminn (nangis laju2 sebenaqnya)..

okay2.. dah2 kesat air mata.. moga tabah ya duhai hati..*qawiyy lillahitaala..
Allah sebaik2 perancang..

sekian, moga dapat terus tersenyum walau air mata menitis..

selamat malam duhai wanita syurga sekalian.. :')

Saturday, June 07, 2014

Assalamualaikum Jun

JUN..
hai incik Jun,kita bertemu setelah sekian lama xon blog ni :').. lama kan??
maaf sibuk sket dgn urusan dunia.. *tersedak air*
cuma kebelakangan ni semua macam tak kena jak..

PERASAAN
..tak tahu mcm mana nk cakap.tapi bg sy lah perasaan itu bersifat sementara..kejap ok kejap tidak..
tapi ape yg pasti perasaan yg hadir kerana Allah takkan mudah untuk lenyap berbanding perasaan yg hadir hanya untuk bersuka ria. :) *pang kuali kat dahi jap*

MUJAHADAH..
perkataan yg paling famous amous utk org yg ingin paksa diri dia kearah kebaikan.. *tengah nak cuba ni*..
memang pahit..lagi pahit dari kopi pekat takde gula.. *erkk,mcm xdek kena mengena jak*..
tapi tu la Allah dh janjikan yg terbaik bagi hambaNya yg berusaha keranaNya.. yuk!! bantu sy,kita sama2 mujahadah menuju syurgaNya.. allahumma aaminn :)



p/s:hari ni wedding kakak..tapi tak dapat balik :'(.. takpe adik doakan dari jauh moga akak jadi isteri yg solehah buat abg Faisz.. selamat menjadi kekasih halal kakak..doakan adikkmu ini jua mengikuti jejakmu..in shaa Allah.. *doa dan doa moga Allah redha.. aaminnn

Anything Here

Daisypath Happy Birthday tickers

CERITERA HATI SEJAK

Daisypath Friendship tickers